top of page

Pandu Malaysia | Bantu, Amanah Bersatu, Berilmu.

GettyImages-499517325-700x408.jpg

Mengenai PANDU Malaysia

PANDU Malaysia atau Pertubuhan Amal Nasional Dan Usahasama Malaysia adalah salah satu Pertubuhan yang di daftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan No pendaftaran PPM -002-14-14082017. 

Pertubuhan ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. PANDU Malaysia akan menganjurkan program dan aktiviti  dengan tujuan melahirkan masyarakat yang sihat dari segi fizikal, rohani dan mental.

 

PANDU Malaysia juga adalah salah satu Pertubuhan yang menjalankan kerja-kerja amal seperti berikut:-

​

1. Membantu masyarakat dalam pelbagai aspek seperti kemahiran, perniagaan, keusahawanan dan ilmu pengetahuan.

​

2.   Memberi pendekatan sosial untuk bersikap positif pada diri dan memberi keyakinan kepada mereka yang dalam kesusahan untuk bangkit dan terus berusaha untuk kemajuan diri,

3.  Membantu mendapatkan sumbangan untuk golongan yang memerlukan bantuan,

​

4. Menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri,

​

5. Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbang ke arah kemajuan Negara.

​

6. Memupuk nilai-nilai murni kepada kanak-kanak dan orang-orang dewasa bagi melahirkan generasi yang berhemah tinggi. 

Program Bantuan Rumah Kebajikan

Aktiviti tabung sumbangan

PANDU Malaysia menjemput mana-mana rumah kebajikan untuk bersama dalam program ini bagi membantu menambahkan sumbangan untuk rumah kebajikan mereka dan mewujudkan pelbagai aktiviti sokongan bagi membantu golongan yang memerlukan khidmat bantuan dari segi sosial, ekonomi dan kemahiran.

Program Kejurulatihan

Pemerkasaan dalam Perniagaan dan Kemahiran

PANDU Malaysia mengadakan program kejurulatihan untuk penglibatan diri dalam perniagaan, kemahiran dan pentadbiran. 

Program Jaringan Perniagaan Online

Program ini adalah salah satu inisiatif PANDU Malaysia dalam memperkenalkan masyarakat mengenai perniagaan atas talian dan membuka peluang kepada mereka yang ingin memasarkan produk ke pasaran luar negara.

Program Sumbangan Amal

Bantuan pendidikan, perniagaan dan inovasi.

Program ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan dana dalam pendidikan, memulakan perniagaan dalam pelbagai sektor dan membina produk inovasi yang direkacipta. Program ini dikhususkan kepada produk keluaran Bumiputra. PANDU Malaysia akan membantu mencari dana untuk memasarkan produk yang dikeluarkan daripada Usahawan Bumiputra untuk dipasarkan di dalam dan luar negara.

inovasi.PNG
pandu flow.png
seminar.jpg

PROGRAM KECEKAPAN TERAS

Program LEAD untuk pengganggur dan Pekerja bergaji

RM 1,500 kebawah. PANDU membuka peluang untuk anda...

Program ini adalah khusus kepada pembentukan diri dalam pengurusan individu dan menerapkan sifat positif. Program ini bertujuan untuk melahirkan individu yang cekap dalam bidang-bidang yang bersesuaian dengan Industri 4.0. Jangkamasa program adalah diantara 4-6 bulan. Individu akan menganalpasti 9 tahap kecekapan teras yang dimiliki oleh setiap individu dan Sijil yang dikeluarkan adalah diiktiraf oleh badan dunia iaitu "World Association of Visioneers and Entreprenologists (WAVE) USA" dan "International University of Entrepenology (IUE) USA".

logo klix academy.png

Pandu Malaysia

Three generations of women

PERTUBUHAN AMAL NASIONAL DAN USAHASAMA MALAYSIA

(NATIONAL SOCIETY AND PARTNERSHIP OF MALAYSIA) (PANDU)
 

A-03-09, Tingkat 3, Empire Tower,

Jalan SS16/1, Subang Jaya, Selangor

 

Hotline +603 8800 5260

Email : support@pandumalaysia.org

  • facebook
  • instagram
  • linkedin
  • twitter

Your details were sent successfully!

Program Sukarelawan PANDU Malaysia

Bantuan pendidikan, perniagaan dan inovasi.

Aktiviti sukarelawan PANDU Malaysia adalah bertujuan untuk memupuk masyarakat yang lebih perihatin kepada golongan yang memerlukan dan memberi kesedaran kepada mereka untuk mendekati golongan yang kurang berkeupayaan dalam pelbagai aspek seperti khidmat nasihat, kemasyarakatan dan perhubungan antara kaum.

banjir3.jpg

Subscribe

bottom of page